Simpan kira bulanan yang kemas memerlukan input yang betul dan tepat masa. Berikut adalah senarai semak dokumen yang perlu anda kumpul setiap bulan.
1 Penyata Bank
Muat turun penyata bank semua akaun syarikat setiap akhir bulan. Ini adalah dokumen paling penting untuk penyesuaian bank.
2 Invois Jualan
Simpan semua invois yang dikeluarkan kepada pelanggan. Pastikan nombor invois berjujukan dan ada tarikh, jumlah, dan nama pelanggan.
3 Resit & Invois Pembelian
Kumpul semua resit pembelian — bekalan pejabat, peralatan, bayaran sewa, utiliti. Gambar resit melalui telefon sudah mencukupi.
4 Rekod Payroll
Slip gaji, bukti bayaran KWSP, SOCSO dan EIS untuk bulan berkenaan.
Perlukan Bantuan?
Polaris boleh bantu urus proses ini dari awal hingga selesai. Hubungi kami untuk konsultasi percuma.
Hubungi Kami →