kembangkan perniagaan anda bersama polaris

Pengurusan Kewangan Yang Tepat,Telus & Strategik

Pengurusan kewangan yang sistematik adalah asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan.
Di Polaris, kami membantu syarikat mengurus rekod kewangan dengan tepat serta menyediakan analisa yang membantu anda membuat keputusan bisnes yang lebih bijak.

PERAKAUNAN & SIMPAN KIRA

Book Keeping Bulanan & Tahunan

Kami menyediakan perkhidmatan simpan kira yang lengkap dan teratur:

👉 Memastikan semua data kewangan anda sentiasa kemas, tepat dan mudah dirujuk.

Rekod transaksi kewangan secara berkala

Penyediaan akaun bulanan & tahunan

Penyesuaian bank (bank reconciliation)

Penyimpanan rekod kewangan yang sistematik

PERAKAUNAN & SIMPAN KIRA

Laporan Untung Rugi & Analisa Kewangan

Polaris bukan sekadar menyediakan laporan, tetapi membantu anda memahami prestasi bisnes:

👉 Memberi gambaran jelas tentang kedudukan kewangan syarikat anda.

Penyata Untung & Rugi (Profit & Loss)

Analisa prestasi mengikut produk, servis atau projek

Penilaian aliran tunai (cash flow)

Cadangan penambahbaikan kewangan

PERAKAUNAN & SIMPAN KIRA

Pengurusan Akaun Penghutang & Pemiutang

Kami membantu mengawal aliran kewangan dengan lebih efektif

👉 Membantu memastikan aliran tunai sentiasa stabil dan terkawal.

Pemantauan akaun penghutang (accounts receivable)

Pengurusan pembayaran kepada pembekal (accounts payable)

Penjadualan pembayaran & kutipan

Mengurangkan risiko hutang lapuk

Kenapa Perakaunan Penting?

Pengurusan kewangan yang baik membantu:

Mengelakkan kesilapan dan kerugian

Membuat keputusan berdasarkan data sebenar

Menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan bisnes

Kelebihan Bersama

Pengurusan kewangan yang sistematik & profesional

Laporan yang mudah difahami dan actionable

Pengalaman mengurus pelbagai jenis industri

Sokongan berterusan untuk perkembangan bisnes

PELANGGAN KAMI

“Lebih 600+ Sdn Bhd & 400+ enterprise telah mempercayai Polaris”

FAQ

Soalan Lazim

Ya, semua perniagaan perlu menyimpan rekod kewangan yang teratur bagi tujuan pemantauan, audit dan percukaian.

Simpan kira adalah proses merekod semua transaksi kewangan seperti jualan, perbelanjaan, bayaran dan penerimaan secara sistematik.

Perakaunan membantu pemilik bisnes memahami prestasi kewangan, mengawal kos dan membuat keputusan yang lebih tepat.

Laporan ini menunjukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan syarikat serta keuntungan atau kerugian dalam tempoh tertentu.

Biasanya disediakan secara bulanan dan tahunan untuk memastikan pemantauan yang konsisten.

Ya, Polaris menyediakan laporan yang mudah difahami serta penerangan bagi membantu anda memahami kedudukan kewangan syarikat.

Ya, kami membantu memantau aliran tunai dan memberi cadangan untuk pengurusan kewangan yang lebih efektif.

Mulakan syarikat anda dengan cara yang betul.

Master Form - Perakaunan Dan Audit

Copyright © 2026 - POLARIS ADVISORY SDN. BHD. 1269514M / 201801007500